Sunday, January 9, 2011

::: Khasiat Kandungan

ROSELLE




Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.



ALOE VERA




Aloe Vera juga dikenali dengan nama -
'Miracle Plant'...'Natural Healer'...'Burn Plant'...'Medicine Plant'...'Wand of Heaven'...'Plant of Life'

Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelepah daun yang besar dan banyak pada setiap pokok. Setiap pelepah daun pula memiliki lendir jernih yang pekat didalamnya dan lendir inilah yang mengandungi pelbagai khasiat perawatan dan nutrien.
Kegunaan Aloe Vera telah bermula sejak zaman purba mesir lagi oleh 'Ratu Cleopatra' dan 'Ratu Nefertiti' bagi penjagaan kecantikan dan kulit mereka. Dikatakan 'Cleopatra ' mandi didalam jel Aloe Vera setiap hari demi menjaga kecantikan beliau.

Selain itu, bangsa Grik, Cina dan India juga telah lama menggunakan Aloe Vera untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Mengikut sejarah peperangan juga, dikatakan 'Alexander' pernah disuruh oleh Aristotle supaya menakluk Pulau Socorro kerana pulau itu mempunyai pokok Aloe Vera yang banyak bagi kegunaan merawat luka dan kecederaan bala tentera perangnya.

Hari ini, pokok ajaib ini telah digunakan secara meluas dalam kosmetik, penjagaan dan perawatan kulit serta jus Aloe Vera untuk penjagaan kesihatan dalaman.



GREEN TEA



Ada kajian di buat menunjukkan bahawa teh hijau proses pengurangan berat badan dengan merangsang badan untuk membakar kalori dan membakar lemak .Selain itu kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau juga dapat meningkatkan pengoksidaan lemak dan meningkatkan tahap metabolisma.

Ini mungkin di sebabkan ia tidak mengandungi atau sangat sedikit kafein, walau bagaimanan pun sesetengah kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau mempunyai faedah yang lain untuk mengurangkan berat badan. Beberapa penemuan menunjukkan bahawa kehadiranFlavonoid di dalam green tea yang boleh mengurangkan berat badan.Apabila flavonoidbergabung dengan ramuan ekstrak green tea yang lain, lebih banyak kalori akan di bakar.

Ekstrak teh hijau tidak menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik. Ini adalah salah satu kebaikan ekstrak teh hijau. Oleh itu ia tidak membahahayakan pengguna dan selamat di ambil bersama produk pelangsingan yang lain.

Teh hijau juga di ketahui mempunyai faedah kesihatan yang lain seperti mengurangkan risiko penyakit jantung,ulser dan kanser.Selain itu ia juga dapat memberikan tenaga dengan segera kepada badan anda.


Pueraria Mirifica

Antara khasiat Pueraria Mirifica (ubi bidadari putih)...

KULIT
- menganjalkan kulit yang telah melendut
- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
- mengurangkan garis-garis halus
- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
- melembutkan kulit - kulit kurang kasar dan kering
- merawat jerawat dari dalam
- mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
- mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata
- melambatkan proses penuaan secara berkesan

KUKU
- mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh
- menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih
- meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat
- kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat

RAMBUT
- mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya
- mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang
- menggalakkan pertumbuhan rambut baru
- mengawal keguguran rambut
- melambatkan penuaan rambut dan mengawal rambut dari beruban
- menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat

BADAN
- melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak
- membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh
- mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan

KESIHATAN
- menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
- mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
- membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah
menopos dan osteophorosis
- mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
- mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea,
rabun jauh dan lain-lain
- menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh



INULIN

Inulin adalah tanaman yang berasal dari karbohidrat yang mengandungi serat makanan. Oligofructose sebenarnya berasal dari inulin. Sementara inulin pada dasarnyatidak ada rasanya dan oligofructose memiliki rasa yang agak manis. Inulin dan oligofructose keduanya tambahan makanan yang tinggi, kerana mereka adalah karbohidrat yang tidak menaikkan gula darah atau menghasilkan respons insulin. Selain itu, oligofructose tidak merosakkan bahagian dalaman setelah melepasi bahagian atas darisaluran pencernaan, yang bererti bahawa ianya adalah rendah kalori. Dengan itu ianya selalu digunakan ke dalam makanan rendah gula atau rendah kalori sebagai pengganti gula. Mereka yang mempunyai komplikasi dengan gula darah, seperti hipoglikemia dan diabetes, mendapati ianya sesuai dinikmati dan selamat digunakan.


Diabetes dan Kawalan Berat
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan konsisten oligofructose mengakibatkan
penurunan tahap insulin secara signifikan. Kerana insulin dihasilkan untuk bertindakbalas terhadap gula darah, ini menunjukkan kadar glukosa darah yang jauh lebih rendah. Kerana kandungan yang rendah kalori dan bantuan semulajadi semasa pencernaan, oligofructose juga boleh membantu mengurangkan berat badan, jadi kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan harus menggunakan oligofructose sebagai sebahagian daripada diet dan program latihan.